Kalau baca mana - mana artikel tentang kewangan kan, mesti cerita mengenai kepentingan berjimat, to do delay gratification ... berbelanja berhemah, berjimat, belanja yang perlu, dan banyak cerita bagaimana ramai orang mengumpul duit, berjimat. Tapi bagi saya, berbelanja dengan membeli barang murah itu adalah lagi mudah beranding menyimpan ... sebab selalu menyimpan, akhirnya bocor. Tapi tak boleh salahkan orang lain pun, diri sendiri salah ...
Tetapi kadang- kadang, atau mungkin selalu terjadi, memang susah nak menyimpan, sebab keperluan yang banyak, perut lapar, keperluan kerja, belajar, dan untuk mendisiplinkan diri untuk menyimpan, perlukan kekuatan hati dan mental yang kuat.
Nak cerita pasal diri membazir? Terlalu banyak dah yang saya buat ... tak mampu nak senaraikan ... Jadi, sekarang sebab nak ajar diri berjimat, saya suka guna cara konmari, meng'minimal'kan barang, tak perlu banyak barang pun.
Saya dulu seorang yang suka banyak barang, selalu beli barang yang tak perlu, dan akhirnya sedar sendiri yang saya tak perlukan banyak barang pun untuk gembira. Banyak barang tidak semestinya bagus pun. Sebab itu ada orang tak kisah belanja mahal, tetapi barang berkualiti dan boleh guna lama, tapi bagi saya pula, memang akan beli barang murah sahaja. Selagi dapat barang murah, itulah yang suka . Sebab itu suka kedai eco, DIY, dan jualan murah. Sedar diri kan, memang tak mampu nak pakai jenama barang mahal.
Itu tak lah bermakna saya mampu menyimpan banyak duit pun, ... huhuhu, masih merangkak, seolah duit itu diminta untuk dikejar.
Aish, duit, duit ...
Tapi, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada ...Ada orang lagi susah ...
Suka tengok gambar dari Facebook ni ... Semoga Brother ni tabah ... Aduii, besarnya beg ...
Wednesday, February 6, 2019
Duit Oh Duit ....
First posting .....
Duit oh Duit ...
Duit penting dalam hidup ni kan ....
Tapi peliknya, gaji besar tak menjanjikan kebahagiaan,
Gaji sikit bukan punca penderitaan,
Tapi pengurusan gaji itu lagi penting.
Duit tak boleh bawa ke kubur,
Duit boleh buat macam-macam kejahatan,
Tapi dengan duit lah nak hidup,
Kalau tak ada duit, macam mana nak meneruskan kelangsungan hidup?
Kan lagi best menangis dalam kereta yang selesa dari nangis tepi jalan?
Tak pun, bila sedih, sebab ada duit boleh jalan-jalan ...
Duit bukan segalanya dalam hidup,
Jangan jadikan duit sebagai matlamat kehidupan,
Tapi jadikan duit untuk jadikan hidup lagi senang
Ada duit lebih pun dapat bantu orang juga, kan?
Syukurlah dengan apa yang ada,
Sambil usaha untuk menambah apa yang ada
Jangan asik berbelanja tanpa sedar diri,
Sebab duit perlu di mana- mana ...
Gambar sumber Google.
Duit oh Duit ...
Duit penting dalam hidup ni kan ....
Tapi peliknya, gaji besar tak menjanjikan kebahagiaan,
Gaji sikit bukan punca penderitaan,
Tapi pengurusan gaji itu lagi penting.
Duit tak boleh bawa ke kubur,
Duit boleh buat macam-macam kejahatan,
Tapi dengan duit lah nak hidup,
Kalau tak ada duit, macam mana nak meneruskan kelangsungan hidup?
Kan lagi best menangis dalam kereta yang selesa dari nangis tepi jalan?
Tak pun, bila sedih, sebab ada duit boleh jalan-jalan ...
Duit bukan segalanya dalam hidup,
Jangan jadikan duit sebagai matlamat kehidupan,
Tapi jadikan duit untuk jadikan hidup lagi senang
Ada duit lebih pun dapat bantu orang juga, kan?
Syukurlah dengan apa yang ada,
Sambil usaha untuk menambah apa yang ada
Jangan asik berbelanja tanpa sedar diri,
Sebab duit perlu di mana- mana ...
Gambar sumber Google.
Subscribe to:
Posts (Atom)