Tuesday, July 23, 2019

ALA , RM1 jer pun nak bising

Walau RM1, ia bernilai tau, jangan pandang rendah dengan nilai RM1


Ia masih duit .. masih boleh digunakanm dan jika disimpan, pasti akan banyak. 

Di tempat saya, kuih masih boleh didapati dengan harga 4 RM1. Nasi lemak RM1 pun masih ada, dan sedap pula tu…. Berbanding dengan sushi yang berharga RM2 satu, lagi untung beli kuih kan … Tapi ia terpulang pada tekak dan kocek masing - masing.  Maksudnya di sini, RM1 pun still masih bernilai.

Walau hanya RM1, jika dikumpulkan, ia akan tetap boleh banyak, walau ambil masa yang lama, walau rasa ia sedikit … Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan membazir, dan berjimat sedaya mampu.

Tudung RM100 dan RM10 tak berbeza pun fungsinya, tapi dengan beza RM90, macam-macam boleh dibuat. Kalau sehelai tudung dapat jimat RM90, bayangkan lebih daripada sehelai … Tapi ia bukan mudah, sebab nafsu selalunya melangkahi akal …

Begitu juga dengan lain-lain barang. Tapi, memang susah nak berjimat kalau hati tak kental, tak kuat, dan tak biasa … Jadi, perlu biasakan yang baik, dan jauhkan pembaziran yang kurang baik.
Ini pun peringatan untuk diri sendiri. 

Walau hanya RM1, perlu hargainya, perlu digunakan sebaiknya. 

 

Jom Belajar Selesaikan Hutang

Diambil daripada FB  Mufti Wilayah Persekutuan 


hutang perlu dibayar, jadi, perlu usahakan menghabiskan hutang sebelum apa kejadian tidak diingini berlaku ...

kadang kala, atau selalunya, kita memang perlukan pertolongan orang untuk membantu kita melangsaikan hutang, bukan dengan memberi wang, tetapi melalui tunjuk cara. Contoh nak selesaikan hutang adalah seperti video di bawah ini ...


Video ini ditunjukkan oleh En Zaidi Ismail ... Kalau nak belajar lebih lagi tentang pelupusan hutang dengan lebih awal, klik SINI

Jangan malu kalau perlu mengaku yang kita perlukan pertolongan dalam kewangan kita .. Yang penting kita berusaha. 

Monday, July 22, 2019

Konsep Rezeki Oleh Hamka

Rezeki oleh Hamka

Dipetik daripada FB ABE Nazz
 
Hamka, seorang ulama dan sasterawan Indonesia pernah berkata...

  -Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nakkan, tapi pabila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.



Kamu tengok pula sirah Saidatina Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.


Allah hantar Nabi Musa ke istana Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka

Allah menghantar Nabi Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak dan isterinya sendiri derhaka dan enggan menerima dakwah baginda.

Makanya, pelajari lah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh! Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.




Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab di hadapan Allah nanti.




Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu dan ini, kamu kena faham dahulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.




Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh berbahagia.



Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharungi rasa kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.




Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah kurniakan.


Kamu hanya akan bahagia sekiranya kamu terima pemberian itu dengan penuh redha.



Semoga nasihat Hamka ini bermanfaat. Until Then, Marilah Kita Bersyukur dengan Rezeki Yang Dikurniakan Kepada Kita Selama Ini dan Hari Ini

Sunday, July 21, 2019

Kepentingan berjimat



Sebelum terasa nak kaya, nak banyak duit, nak buat pelaburan, asas pertama dalam pembelajaran kewangan adalah kuatkan hati untuk menyimpan …. Sebab menyimpan itu susah jika tiada tekad yang kuat .

Buat apa menyimpan bila duit itu boleh digunakan untuk macam-macam seperti beli barang, beli makanan, tengok wayang dan senarai yang boleh digunakan dengan duit adalah tidak berkesudahan.. jadi, memang susah untuk menyimpan.

Jadi, usahakan untuk menyimpan, baru boleh pergi ke langkah seterusnya, iaitu belanja…
Lagi banyak yang boleh disimpan, lagi bagus….maksudnya, perlu kurangkan belanja …
Sebab itu perlu faham konsep keperluan dan keinginan… Mahirkan konsep ini untuk kesenangan masa hadapan. 




Kan ada pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit ...
Dan untuk jadi bukit bukan boleh dapat dalam tempoh yang singkat yer ...