Sebelum terasa nak kaya, nak banyak duit, nak buat
pelaburan, asas pertama dalam pembelajaran kewangan adalah kuatkan hati untuk
menyimpan …. Sebab menyimpan itu susah jika tiada tekad yang kuat .
Buat apa menyimpan bila duit itu boleh digunakan untuk
macam-macam seperti beli barang, beli makanan, tengok wayang dan senarai yang
boleh digunakan dengan duit adalah tidak berkesudahan.. jadi, memang susah
untuk menyimpan.
Jadi, usahakan untuk menyimpan, baru boleh pergi ke langkah
seterusnya, iaitu belanja…
Lagi banyak yang boleh disimpan, lagi bagus….maksudnya, perlu
kurangkan belanja …
Sebab itu perlu faham konsep keperluan dan keinginan… Mahirkan
konsep ini untuk kesenangan masa hadapan.
Kan ada pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit ...
Dan untuk jadi bukit bukan boleh dapat dalam tempoh yang singkat yer ...
No comments:
Post a Comment